PEMBUKA TIRAI BEKAM TAHUN 2024

Setiap penyakit ada ubatnya,apabila ubat tepat mengenai penyakit,maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah S.W.T (HR.Muslim)

Assalamualikum pembuka tirai Rawatan Bekam Bagi Wanita pada tahun 2024.

Perubahan untuk kehidupan lebih sihat

1)Berusaha menghindari penularan penyakit, dalam erti kata yang lain kita hendaklah mencegah daripada terkena penyakit ,Digalakkan keluar memakai pelitup muka bagi anda yang inginkan pencegahan berpanjangan utk mengelak daripada perkara yang membahayakan kesihatan. Selain itu amalkan membasuh tangan sebelum melakukan apa-apa kerja sentuhan .

2)Mengawal pengambilan makanan yang memudaratkan kesihatan badan, boleh ubah cara pengambilan makanan , anda boleh cuba untuk makan suku-suku separuh, Mengamalkan puasa di hari sunnah, makan makanan yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan, amalkan minum air kosong untuk lebih bertenaga.

3)Amalkan senaman ringan seperti Brisk walk, anda boleh amalkan berjalan pada waktu pagi,dan petang.

4)Kesihatan dan kecergasan yang boleh diamalkan bagi membantu kehidupan lebih sihat, Melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, bercuti untuk ketenangan fikiran.

5)Amalkan pemeriksaan berkala kesihatan di fasiliti kesihatan, ambil tahu bacaan tekanan darah anda, ambil tahu bacaan paras glukosa darah, Setahun sekali cuba membuat ujian Full Blood Count.

6)Anda juga boleh mendapatkan rawatan terapi urutan atau bekam bagi melancarkan aliran darah, memberikan rangsangan kepada sistem saraf. Khidmat rawatan ini anda boleh berbincang dahulu dengan dokter perubatan tentang keperluan sebelum mencari perubatan alternatif.

Leave a comment