Bekam Wajah

pic 1 set

Kelebihan Bekam Wajah

Khamis 12thari  jurubekam wanita shah alam dijemput untuk bersiaran secara langsung di Sri Pentas TV3 untuk rancangan Wanita Hari Ini slot Bekam Wajah,boleh dapatkan rawatan di Pusat Terapi Syifa Sect 7 Shah Alam.Sila KLIK untuk lihat video WHI TV3

6

Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Dikatakan Pn Faizah rawatan bekam wajah boleh menaikan seri muka, malah jerawat pada pipi mampu kecut dan hilang.Selain itu juga rawatan ini sesuai dibuat sekiranya ada penyakit Sihir, Alahan oleh kerana bekam ini salah 1 dari cara rawatan untuk membuang darah kotor pada wajah/badan kita.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)
2

1

Bagi kaum wanita yang ingin berbekam sila SMS sejam awal sebelum datang kepada INTAN 019-430 8836(S Alam)
Untuk rawatan urut tradisional ,sms sejam sebelum datang sila SMS ke 019-440 8150 Cik ANA (Sect 7 Shah Alam)
kedai_zps576053af
Pusat Terapi Syifa
13B Tingkat 3, Jln Plumbum Q7/Q Seksyen 7, 40000 Shah Alam
(belakang Wisma Jakel/Gulati’s, sebaris PappaRich serta di atas Kedai Optik Idaman)Isnin-Khamis 11am-10pm
Jumaat OFFDAY
Sabtu 11am-10pm
Ahad 3pm-10pm

BEKAM KECANTIKAN: BANTU WAJAH KUSAM KEMBALI BERSERI


MINGGUAN WANITA BIL: 1526 PP4404/07/2013(033272)
15 – 21 FEBRUARI 2013 / 04 – 10 RABIULAKHIR 1434 H
KELOLAAN: INTAN ROHAIZAT ZAKARIYA
FOTO: MOHD NASARUDIN TALKAH
LOKASI: PUSAT TERAPI SYIFA, 13B JALAN PLUMPUM Q7/Q, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR
BEKAM KECANTIKAN: Bantu Wajah Kusam Kembali Berseri
Stres, penat, pencemaran dan kesibukkan antara faktor menyebabkan wajah wanita menjadi kusam serta lesu.  Wajah sebegini sedikit sebanyak membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan kurang bersemangat.  Sudah semestinya, ia juga memberi gambaran imej yang tidak begitu baik kepada orang di sekeliling.  Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba bekam kecantikan.  Rawatan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan kesannya amat memuaskan.
Seorang jurubekam wanita di Pusat Terapi Syifa, Noor Faizah Ismail, 33, memberitahu rawatan bekam kecantikan dikatakan dapat membantu mereka yang menghadapi masalah kulit wajah.  Antaranya jerawat, resdung dan wajah yang kusam.  Selain itu, rawatan ini dikatakan amat sesuai dilakukan buat bakal pengantin kerana ia dapat menaikkan seri dan membuatkan wajah lebih bersih menjelang hari bahagia.
“Rawatan ini boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke atas.  Pelanggan dinasihatkan berpuasa satu hingga dua jam sebelum melakukan rawatan.  Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor semaksimum yang boleh dan tubuh dapat fokus sepanjang rawatan.  Pengambilan makanan menyebabkan tubuh kita sibuk menghadam makanan dan mengganggu proses pengeluaran darah kotor.
Ada banyak faktor menyebabkan darah kotor, antaranya pengambilan makanan berlebihan, tabiat makanan tidak sihat seperti suka makanan berminyak, alahan kepada kekacang atau makanan laut, alahan kepada produk kecantikan, stres dan resdung.  Selain rawatan, kami juga memberi informasi agar pelanggan boleh elakkan amalan yang tidak sihat,” katanya.
Dalam temubual itu, Noor Faizah atau mesra dengan sapaan Nott menasihati pelanggan mendapatkan rawatan bekam pada hari cuti serperti hujung minggu atau cuti seperti hujung minggu atau cuti panjang.  Katanya, selepas berbekam kesan di bahagian muka pelanggan akan mengambil masa berbeza-beza untuk beransur pulih seperti sediakala.
“Ada yang pulih selepas tiga hingga lima hari, paling lama pun tujuh hari sahaja.  Setiap orang kesannya berbeza mengikut tahap serius masalah yang dihidapi.  Pelanggan juga dinasihatkan supaya tidak mengambil minuman yang berkafein dan mengurangkan pengambilan makanan laut, daging, ayam, belacan, makanan berminyak, bersantan serta bergoreng sekiranya mahu rawatan ini berkesan.”
Langkah demi langkah rawatan bekam wajah

Rawatan ini menggunakan kaedah bekam darah.  Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan.  Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.  Berikut adalah langkah demi langkah rawatan bekam kecantikan wajah.

  1. Wajah pelanggan akan disapukan dengan sedekit minyak zaitun supaya kulit menjadi lembut dan dapat mengelakkan rasa pedih ketika dibekam.
  2. Bahagian muka yang bermasalah akan diletakkan cup bekam yang telah disteril terlebih dahulu.  Cup akan di pam beberapa minit bagi merangsang darah kotor keluar ke permukaan kulit muka.
  3. Cup akan dibuka dan kulit muka dicucuk dengna pen bekam yang menggunakan jarum pakai buang.
  4. Kemudian, cup akan dipamkan semula untuk mengeluarkan darah kotor.  Proses pengeluaran darah kotor mengambil masa antara tiga hingga lima minit.  Rarah kotor yang keluar selalunya berwarna hitam, berlendir, bertali atau berbuih.
  5. Langkah 1 hingga 4 akan diulang sekali lagi bagi memastikan pengeluaran darah kotor yang maksimum.
Apa kata pelanggan (Wan Ashmaliana Wan Abdullah, 27)
…”Saya mengalami masalah kulit wajah berjerawat, selepas melakukan bekam kecantikan kulit beransur licin.  Wajah dan badan juga berasa lebih segar serta ringan.  Saya gembira dengan hasilnya dan akan terus melakukan rawatan bekam.”…
Tip
  1. Pelanggan hanya boleh makan, mandi dan tidur selepas satu jam berbekam.  Ia bagi merehatkan sistem darah di bahagian badan dan mengelakkan kulit muka dariapda berasa pedih.
  2. Pelanggan yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan rawatan bekam.
Kelebihan bekam kecantikan
  1. Menaikkan seri wajah
  2. Mengatasi masalah wajah kusam
  3. Menghilangkan kelesuan
  4. Membantu mengatasi masalah jerawat
  5. Membantu merawat masalah resdung
  6. Dikatakan mampu membuatkan pelanggan lebih fokus kepada pelajaran, kerjaya mahupun rumahtangga.

Dari web juru bekam PN Not..

boleh dapatkan Cd ayat ruqyah di kedai ini

551985_4666270977126_1847133085_nMP3 Ruqyah

Boleh hubungi pusat rawatan ini

IMG_2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

norazuraidris

friend at face book give me aura in life

bekam wanita

Assalamualikum
10 org top terapis Bekam yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia daripada Kementerian Sumber Manusia pada hari ini.
Antaranya dari depan
Puan Reen (Selangor)
Saya Azura (Selangor)
Hjh Zaliah (Selangor)
Puan Nor hana (johor)
Puan Hanie (melaka)
Puan Arfah (machang kelantan)
.
Belakang barisan lelaki
Ustaz din (serendah)
Tuan Hafiz (N.sembilan)
Tuan Mifdal (Kelantan)
Tuan Haji shani (Gombak)
Tuan Amir (Kuala Lipis)

#bekam #bekamwanitanosatumalaysia #bekamwanita #bekamkerumah #bekamjerawat #ampang #harianmetro #beritaharian #tv3 #nona #azuraspaandwellness

tweets – tweets make me happy

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: